MAKLUMAN / PERINGATAN

TuanPunya blog ini kepala dah masuk angin,mungkin juga satu dua saraf otak dah putus.Jadi kadang kadang ok,tapi kebanyakan waktu tak ok.Jadi kebanyakan artikel dalam blog ini pasti tak menyenangkan anda dan akan menganggu emosi anda.

Jika ada tanda tanda saperti diatas..anda dinasihati logout serta merta dan tidak terus melayari blog ini.

Ini blog aku,jadi suka hati apa aku nak tulis..apa aku nak cakap.

SEMUA DAH TAHU KAN ? BAGUS

Kalau korang nak komen no hal..tapi jangan kurang ajar.Sebab aku 100 kali kurang ajar

SIAPA HINA ISLAM AKU PERANG

SIAPA HINA ISLAM AKU PERANG

SIAPA HINA RAJA AKU TENTANG

SIAPA HINA RAJA AKU TENTANG

SIAPA HINA BANGSA AKU..AKU PARANG

SIAPA HINA BANGSA AKU..AKU PARANG

Tinjau Tinjau

Wednesday, May 5, 2010

FANTASI MEMANCING DI TG MALIM

Aku mintak maaf lama tak update blog ni.Bukan apa keletihan balik mancing kat Tg Malim.Tak dapat ikan biasalah..masaalah nya sehari suntuk kat tasik sekali ikan tak sentuh umpan.Apa punya badi..

Aku diberitahu seorang teman ada satu lubuk ikan kat Kg Kelawang,Tg Malim yang memang seronok bagi kaki pancing kerana banyak ikan.Aku ni bukan lah kaki pancing tapi boleh layan juga lah kalau ikut kawan kawan.Jadi hari Ahad lalu bertolak lah kami ke lokasi dengan angan angan nak bertarung  dengan ikan ikan Kg Kelawang.Aku,Abg Hamid dengan anak nya Amirul dan Amran bertolak lebih kurang jam 10 pagi.Kami sampai di Tg Malim lebih kurang sejam kemudian.

Singgah makan dulu buat lapik perut di pekan Tg Malim sementara tunggu Adi anak buah Abg Hamid selaku 'tour guide'.Sementara tu kami siapkan peralatan memancing supaya tak buang masa bila sampai ke lokasi.

Kami bertolak ke lokasi jam 12.30 tghari yang memakan masa setengah jam dari pekan Tg Malim.Teruja aku bila terlihat begitu banyak lubuk ikan bila sampai ke Kg Kelawang.Adi bagitau kami akan ke satu lokasi yang tak akan mengecewakan kami.Sambil tu aku snap photo untuk tujuan posting ini.Amran sambil gurau mengingatkan aku supaya jangan tulis lubuk ni banyak ikan,nanti semua kaki pancing datang serbu kesitu.Aku cuma tersenyum je...

Sampai dilubuk yang dimaksudkan aku dapati sudah ada tak kurang sepuluh orang kaki pancing kat situ.Matahari dah terik atas kepala,panas ya amat kat sini.Adi membawa kami ke spot kegemaran dia.Disitu dah ada dua orang pemancing yang datang awal pagi lagi.Aku pun menyapa mereka dan bertanya situasi."Dari pagi sikit pun tak berusik umpan"jawap salah seorang dari mereka.Ini yang tak sedap dengar berkata aku sendirian.Tapi tak apalah..ini jaguh jaguh dari KL dah sampai kata aku dalam hati.Hehh..

Kami pun tak membuang masa terus memasang umpan dan melabuhkan joran kami.Bismillah... Diantara kami tak kurang 10 joran yang kami tahan dengan penuh yakin.Masa berlalu... tau tau dah 2 jam tapi macam yang diberitahu,langsung tak satu joran di usik ikan.Keyakinan dah mula pudar ditambah dengan cuaca yang begitu panas hari itu.Adi pula tercari cari sebab kenapa sampai jadi begitu,sebab sebelum ini belum pernah terjadi.Amran sempat bergurau yang ikan ikan kat situ masih bercuti Hari Pekerja.Ha ha ha..tak kelakar langsung.

Jam dah pukul 4.30 ptg,maknanya dah tiga jam lebih kami kat situ tapi masih tak dihiraukan olih ikan ikan kat situ.Aku tenguk sekeliling lubuk tak kurang 30 kaki pancing dah ada kat situ.Ia tak ia juga,kalau tak ada ikan masakan begitu ramai bertumpu kat situ.Tapi... Aku tak puas hati aku pusing tasik tu bertanya pada kaki pancing yang ada.Jawapan nya sama dan mereka pun pening memikirkan sebab.Aku give up.Baik aku layan mata yang memang tak cukup tidor...Nasib baik kami ada bawa payung besar dan tikar..apalagi hanyut lah aku.

"Mi..Mi"..aku dikejutkan olih Abg Hamid."Dah 6.30 jom kemas kemas kita balik"sambungnya. Dalam mamai sempat aku bertanya,"Ada?"."Pocikk"jawap Abg hamid pendek.Kami pun berkemas sambil aku tukar baju yang dah lencun dek peluh.Aku teguk sungai di sebelah dan berkata kenapa aku tak memancing disini je tadi.Aku ajak Amran saja saja baling pancing kat sungai tu sambil tunggu Adi petik pucuk paku yang banyak terdapat kat situ.

Tak sampai 5 min seekor baung  mengena joran Amran.Bukan main excited lagi kami.Apa tidak nya dah 6 jam langsung tak berusik kat lubuk di sebelah tadi.Tapi senja dah makin nak gelap,kami terpaksa tinggalkan "lubuk ikan merajuk"(nama yang kami beri) tu dengan tekad akan datang bertarung di lain masa kalau di izin Allah.Dalam perjalanan pulang sempat aku perli Amran,"Tu lah kau suruh aku tulis tak ada ikan dalam posting aku,sekarang doa kau dah makbul".Kami semua tertawa terbahak bahak.

"Mi..Mi bangun dah sampai" Amran mengejutkan aku.Aku tenguk jam dah pukul 9 malam.Tertidur aku rupanya sepanjang perjalanan balik.              

No comments:

Post a Comment